Empat remaja rentung kerja sambilan cari duit poket

Empat remaja rentung kerja sambilan cari duit poket


Image result for empat remaja rentung
Mohammad Nor Ikram (dua, kiri) dan Mohd Ekmal (dua, kanan) terkorban dalam kejadian kebakaran, hari ini.

IPOH - Empat daripada enam mangsa yang ditemui rentung di sebuah rumah kedai di kawasan perindustrian Jelapang Maju, Jelapang, hari ini ialah pelajar yang bekerja sambilan sempena cuti sekolah.

Mohammad Nor Ikram Mohd Husni, 15; Mohamad Ekmal Izzuddin Mohamad Kamari, 16; Mohammad Nuraiman Abdul Rahman, 16 dan Ahmad Faizal Aminuddin, 16, masing-masing pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Menglembu yang juga rakan baik dan tinggal di Kampung Seri Aman, Menglembu.

Turut terkorban, seorang lagi rakan mereka, Muhamad Azhar Shah Rosli, 19, yang sudah bekerja selama dua tahun dengan syarikat pengaturcara majlis, sementara seorang lagi, pemilik syarikat, P Thiagarajan, 40.

Ketika kejadian jam 1.50 petang itu, kesemua mangsa berada di tingkat atas bangunan untuk membuat persiapan sambutan Krismas.

Comments