Kesemua Tiket Bola Sepak Final AFF Suzuki Cup Habis Dijual

Kesemua Tiket Bola Sepak Final AFF Suzuki Cup Habis Dijual


Peminat bola sepak bertungkus lumus untuk mendapatkan tiket perlawanan akhir piala AFF Suzuki Cup (Gambar FAM)

Kuala Lumpur : Kesemua tiket perlawanan akhir piala AFF Suzuki Cup selasa ini habis dijual.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), di Facebook mereka menyatakan bahawa kaunter tiket di pagar A dan pagar E yang terdapat di Stadium Putra Bukit Jalil, yang dibuka pada 9.53 pagi, telah ditutup selepas semua tiket habis dijual.

Pihak FAM menyatakan terima kasih ke atas peminat Harimau Malaya yang sentiasa menyokong perkembangan semasa bola sepak tanah air dan menyatakan kemaafan kepada mereka yang tidak berjaya untuk mendapatkan tiket, kerana stadium tersebut hanya mampu menampung 80,000 orang.

Daripada 80,000 tiket yang dijual, 40,000 tiket dijual secara atas talian pada Jumaat dan habis terjual menjelang Sabtu.


Comments